Monday, 26 March 2018

Pengenalan KPD 3026

PENGENALAN KURSUS KPD 3026 
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


Kursus ini merupakan lanjutan kursus KPD3016. Ia bertujuan mengukuhkan lagi kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan pengajaran makro dalam aspek utama pengajaran berikut: (a) menyatakan hasil pembelajaran, (b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran, (c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e) menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran. Pelajar juga akan didedahkan kepada prosedur dan kaedah Kajian Tindakan serta penulisan proposal.
                
Kursus ini adalah salah satu kursus profesional pendidikan yang wajib dan sebagai syarat lulus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Dengan Kepujian).  Kursus ini telah diajar oleh Dr.Nordiana bt Hamzah iaaitu pensyarah fakulti bahasa dan komunikasi. Kursus ini meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengajaran yang merangkumi aspek dan gabungjalin pengetahuan isi kandungan, kaedah, teknologi, penaksiran, pengajaran mikro dan makro, kemahiran membuat refleksi dan menjalankan kajian tindakan. Melalui kursus ini, para siswazah dapat mempeajari bagaimana untuk melaksanakan pelan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, mengatur semula pelan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Kajian Tindakan, menjustifikasi pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan penaksiran yang dilaksanakan serta mempamerkan ciri-ciri guru berkualiti yang menepati Standard Guru Malaysia. 

para siswazah juga memerpoleh pelbagai kemahiran dan diperlihatkan semasa mengambil kursus ini antaranya ialah :

i. Kemahiran menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkesan 
ii. Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan 
iii. Kemahiran bekerja dalam pasukan 
iv. Kemahiran belajar sepanjang hayat 
v. Kemahiran menjalankan penyelidikan





DR.NORDIANA BT HAMZAH
PENSYARAH FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI, 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDIRIS


penilaian makro oleh rakan

di atas ialah hasil penilaian oleh saudara Ammir Haziq. https://drive.google.com/file/d/1IJo988WSULocYeYgJNaVcwUg-9AgB2N4/view?usp=...