Thursday, 5 April 2018

Kemahiran Set Induksi




Pengenalan Set Induksi
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan
Set induksi merupaka salah satu permulaan pengajaran dan pembelajaran semasa pdpc dilaksanakan. Set induksi bertujuan untuk membina atau menyediakan fikiran murid serta menarik minat mereka dengan pelbagai pendekatan yang boleh membuatkan mereka peka dan fokus sebelum memulakan pengjaran. Seorang guru boleh menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang sesuai dan afektif untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pengajaran yang berkesan. Contohnya, seperti teknik penyoalan , alat bantu mengajar, bercerita, tayang video yang boleh memberi inspirasi atau motivasi dan sebgainya. Ebiasaanya, masa diperuntukkan bagi set induksi adalah singkat, tidak melebihi lima minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan dan Tujuan Set Induksi

v  Menarik minat murid dengan mendekati naluri remaja yang mempunyai ra ingin tahu apa yang cuba disampaikan.
v  Mengaitkan pelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahui pelajaran yang akan disampaikan selepas itu
v  Murid lebih mudah memahami apa yang ingin dipelajari padda hari tersebut kerana telah diberi pendedahan awal sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.


Objektif Kemahiran Set Induksi
  •         Mendapatkan perhatian murid
  •        Memotivasikan murid
  •       Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang luar pengalaman murid-murid.


Komponen-Komponen Utama dalam Kemahiran Set Induksi
§  
  •      Menarik perhatian

Aktiviti-aktivit menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid
§ 
  •          Mewujudkan Motivasi

Guru perlu memastikan murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila murid memberi perhatian, barulah guru akan mudah untuk memulakan pengajaran. (Omardin Ashaari,1997)
§
  •          Perkaitan Kognitif

Guru membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid.
§  
  •      Menstruktur

Guru memberitahu tugas yang akan dilaksanakan dan langkah-langkah menjalankan tugas.



Kesan Penggunaan Set Induksi
  • 1    Motivasi murid tinggi. Dengan adanya pelbagai pedekatan yang diberikan guru pada bahagian set induksi, pastinya akan memudahkan pembentukan konsep.
  • 2       Murid akan berusaha kearah jangkaan prestasi yang ditetapkan oleh guru.
  • 3   Pembeljaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat dengan pengjaran yang mereka akan pelajari.
  • 4       Naluri ini tahu murid dapat dipenuhi
  • 5  Corak interaksi dua hala anata guru dan murid akan berubah-ubah dan ini akan mewujudkan pembelajaran yang menggalakkan.


Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan permulaan dengan kemahiran seet induksi merupakan salah satu yang penting sebelum guru memulakan pengajaran kerana pelbagai kebaikan dan lkelihan boleh dieprolehi oleh murid malah pada masa yang sama memudahkan guru untuk melaksanakan PDPC.





Sumber
http://miji75tm.blogspot.my/2011/01/kemahiran-set-induksi.html
http://cikgubbm.blogspot.my/2015/07/kesan-kemahiran-set-induksi-ke-atas.html
http://notagurupelatih.blogspot.my/2011/09/komponen-komponen-set-induksi.html

No comments:

Post a Comment

penilaian makro oleh rakan

di atas ialah hasil penilaian oleh saudara Ammir Haziq. https://drive.google.com/file/d/1IJo988WSULocYeYgJNaVcwUg-9AgB2N4/view?usp=...