KONSEP PENGAJARAN MIKRO
Menurut Micheel J Wallace, pengajaran mikro merupakan pengajaran yang dipermudahkan. Pengertian ini membawa makna satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. pengajaran mikro boleh dieertikan suatu latihan pengjaran untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran mengajar guru pelatih sebelum praktikum atau berlaku pengajaran yang sebenar di sekolah.
Konsep pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang melibatkan masa yang tidak melebihi lima belas minit. mikro bertujuan untuk memperlihatkan mengajar secara berperingkat. Guru pelatih boleh membiasakan diri dengan melaksanakan aktiviti pengajaran seperti pengajaran set induksi, aktiviti berkumpulan atau pelbagai lagi teknik pengjaran yang diterapkan bersama teori secara tidak langsung.
Konsep pengajaran mikro memberi latihan kepada para guru pelatih dengan mempermudahkan latihan dengan cara amali. Istilah mikro itu sendiri dimaksudkan dengan sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pendidikan atau pengajaran, ia akan melibatkan aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemairan mengajar dijadikan 'kecil' dalam serba serbi. Kebiasaannya konsep mikro hanya melibatkan guru pelatih mengendalikan satu bahagian sahaja daripada keseuluruhan kemahiran, contohnya mengendalikan kemahiran set induksi.

No comments:
Post a Comment